Written by nazman on Aug 19th, 2009 | Filed under:
Umum
Satu perkembangan menarik di SMKMS , satu pasukan baru telah ditubuhkan secara tak rasmi .. Pasukan Tempur Tanpa Senjata .. tengok gambar kat bawah tu , dengan penuh bergaya dan segak dengan pakaian serba merah , kikit kepala merah dan muka di celorengkan .. Semangat waja dan membara , berani menempuh apa saja cabaran dan dugaan demi kecemerlangan dunia dan akhirat ..

sebenarnya ini adalah salah satu Gimik/ persembahan pada hari Anugerah kecemerlangan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah baru -baru ini . Persembahan yang dibawakan adalah Tempur Tanpa Senjata .. Kumpulan ini telah mempersembahkan kawat tarian perang yang diperkenalkan oleh pasukan Khas angkatan Tentera Malaysia iaitu Para Dance dan pasukan SMKMS telah mengambil konsep tarian tersebut dan membuat sedikit pengubahsuaian … sejurus selepas para dance , pasukan ini mempersembahkan kawat Tempur Tanpa Senjata ..
Mereka ni terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 dan berlatih hanya 2 hari untuk persembahan ini ..





Written by nazman on Aug 16th, 2009 | Filed under:
Umum
Kepada semua pelajar SMKMS yang dikasihi .. minggu peperiksaan akan bermula dan diharapkan semua pelajar telah bersedia … Bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bersedia untuk peperiksaan UPT2 dan pelajar tingkatan 3 bermula untuk peperiksaan Percubaan PMR …
Kami guru - guru serta kakitangan SMKMS sentiasa mendoakan kejayaan anda semua .. InsyaAllah…
Written by nazman on Jul 24th, 2009 | Filed under:
Umum
Satu perkembangan menarik di SMK Muadzam Shah . Satu team berbasikal telah ditubuhkan ( belum secara rasmi ) utnuk menyahut seruan kerajaan yang mahukan rakyat sihat dan mempunyai jati diri yang utuh.
Beberapa siri jalajah telah diadakan dan trek yang dipilih adalah dari berbagai jenis permikaan bumi , dari yang ‘on road ‘ kepada ‘off road’ .
Terbaru , team ini telah berkayuh sejauh 60km iaitu dari SMK Muadzam Shah ke Bukit Ibam dan masuk ke Kg aur seterusnya meneruskan perjalanan melalui jalan ‘off road ‘ ke KG gadak . Dari Kg Gadak melalui Higway Kuantan Segamat balik semula ke SMK Muadzam Shah … jarak perjalanan +- 60 Km …
antara guru yang terlibat dan telah mempunyai basikal sendiri ialah Cikgu Azman Mahat , Cikgu Norazman , Cikgu sayed Nashuruddin , Tn Hj Jamaluddin Idris , Tn Hj Saipuanuar … seramai 15 orang pelajar juga telah berjaya menghabiskan siri jelajah tersebut..



Projek seterusnya ….
1 Ogos 2009 … kayuhan merdeka . SMK Muadzam Shah ke bandar Kuala Rompin dengan membawa misi Anti dadah dan Dakwah … dengan kerjasama dari beberapa Agensi seperti A.A.D.K , JKJR , JPA3 , UNITEN , POLIS DIRAJA MALAYSIA , PEJABAT AGAMA ISLAM MUADZAM SHAH …
Sekian …
Written by nazman on Jul 14th, 2009 | Filed under:
Umum
Program Biodiversity Peringkat Kebangsaan bersama Jabatan Perhilitan Johor .
Tiga orang pelajar telah dipilih untuk menyertai Program tersebut yang telah diadakan di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Jamaluang Mersing Johor ..
Program ini adalah kerjasama antara Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah pahang dan PERHILITAN Johor .
Pelajar yang terpilih adalah :
1. Syarafuddin Bin Huzlan - Intan 1
2. Mohd Amirul - Intan 2
3. Zahratul Nur Bt Mohd Fauzi - Intan 1
Tahniah diucapkan .


Galeri gambar Klik
Written by nazman on May 22nd, 2009 | Filed under:
Umum
Sambutan hari Guru telah diadakan pada 18 Mei 2009 ..
Pelbagai acara telah dijalankan dan pada tahun ini Kelab Guru dengan dibantu Badan Pengawas mengendalikan segala berkaitan sambutan tersebut ..
” Selamat Hari Guru ” di ucapkan kepada warga SMK Muadzam Shah dan semua Guru di Dunia …